Friday, May 17, 2013

Salam Jumaat

Hari ni dah pun hari Jumaat. Pejam celik pejam celik, dah hari kelima bulan rejab. Bagaimana dengan prestasi amalan anda?  Mudah mudahan semakin baik dari hari sebelumnya. Jgn lepaskan peluang kita utk tingkatkan amalan kan. Ye lah. Lepas rejab, syaaban, ramadhan. Mohon banyak2 semoga amalan kita trus meninggkat dan bersedia utk ramadhan yg berkat kan. 
Semalam dengar tanyalah ustazah. Ustazah Asni. Dia kata doa lah pada Allah bila kita dah dapat hidayah, kita doa banyak2 moga kita terus berpegang pada hidayah Allah. 
Rabbana la tuzigh kulubana ba'daiz hadaitana wahab lana min ladunkarahmah. 
Sesungguhnya hidayah tu Allah kurniakan pada org yang dikehendaki saja. Sebab tu lah jgn sia siakan hidayah Allah dengan kembali menjadi lebih teruk dari sebelumnya. 
Saya bukanlah orang yang alim. Saya masih berusaha menjadi lebih baik. Doakan saya dan semua umat islam di dunia ini
Hmm.. Syahdu kan. Hei.. Penting tau benda ni. Sbb kita kan hidup di dunia yg byk cabaran ni kan. Kadang kadang kita lupa apa tujuan kehidupab di dunia ni. Saya pernag hadiri kelas agama, dan kelas pertama yg saya pergi agk santai. Dan ayat ustazah yg menjadikan saya terpusing hidup "kita kena ingat, sayang kita bukab pada manusia. Turn to allah. Sesungguhnya allah tu lebih sayangi kita dari manusia". So x payah risau bila kita rasa manusia selalu tak sokong, tak sayang, rasa dibenci, rasa dikutuk, rasa ditinggalkan, dibandingkan dan bla bla bla yg buat anda rasa sedih, tak bersemangat. Turn to one and only, allah. Insya allah anda rasa lebih bermotivasi, lebih bertujuan utk teruskan kehidupan. Ibadah pun rasa lebih manis. Betul! Percayalah. Sbb lepas saya ubah fikiran saya hidup rasa lebih positif! Dan yg penting dekatkan diri dengan org ug berfikiran positif. 
Saya mula kenal dengan org yg buat satu mlm ni. sbb saya suka dengan post dalam blog dan fb. Banyak kata2 positif. Seronok. Menyebabkan saya terjebak dengan bisnes mlm shaklee. ( Ni bukan lah mlm yg tadi). Tapi masih diperingkat awal.
Kenapa saya suka join group shaklee sekarang? Sbb group ni bukan saya ttg menjana duit, tapi mantapkan kerohanian. Ada motivasi juga dari group. Best lah. Walaupun belum berjaya dan tak de income pun, saya perolehi sesuatu yg penting dan manis dalam beribadah. Semoga saya terus memperoleh kebaikan daripada nya. Anda pun begitu juga. Aminnnn. 



Thursday, May 2, 2013

Tanaman lagi

Hmm hari ni cerita tanaman lagi. Alkisah 3 minggu lepas saya culik sket pokok lili kat rumah mak. Dengan kebenaran tau. Mak pun tak kisah sangat sbb lily ni membiak guna rhizom. Dek penuh sgt pokok tu kat tepi parit, mak ok je anak dia nak amik pokok tu.
lepas 2 minggu tanam pokok ni dah mula tunjukkan tanda nak berbunga wowwiii. O sukaa. Sbb kat rumah ni memang takde pokok yg berbunga. Aku pon tak tau ngape aku ni spesis x beli tanaman berbunga. So, lily is the first one. Ok nak tau cemane rupe lily ku itu? Tgk pic ok. Hmm nak jadi cerita pi taski dkt rumah amin. Intai2 rupanye pokok lily rumah dia which is the origin of my mom's n mine punye lily, punnn berbunga. Balik runah mom punye lily ponnn bunga. Balik je de kg, jenguk plak rumpun lily yg ku tanama asing punn tunjuk tanda nak bunga. Haaa. Itu menunjukkan musim lily berbunga!!! Aku rasa patut aku kumpulkan semua liky tu dan jual kat kedai bungaaa. Haha patutkah?? Mak nye ada 3, akunye 4, amin nye 3 kot. Haaa. Sekumtum singgit. Haaa dah dpt 10 hinggit. Sape bak bagi???
Owh. Aku sudah mengarut. Ok. Lah. Till next time. Tunggu pokok balung kunpulak berbunga. Pokok balung tu aku yg bg nama. Nama sebenar aku xtau. Dah berbunga nanti korang tengok la ye.









Thursday, April 25, 2013

Hati bercampur baur

Hari ni rasa macam panjangggg sgt. ����Mcm2 benda yg bukan typical day to day life berlaku. Kenape mcm2 sgt berlaku? ��
Hmmm semua ketentuan Allah. Harapnya ia titik permulaan yg baik. Bukan yg lebih buruk. Insyaallah. Aminnn. ��

Wednesday, April 24, 2013

Bacalah

Assalamualaikum.
Tau tak ada blog yg entrynya adalah summary buku. Saya kagum betul dgn beliau. Sy ada follow blognya. Rumahnya ada byk buku. Berdasarkan blog beliau, saya rasa banyak juga buku yg dia dpt free. Writer or publisher hantar buku, dia baca dan buat summary. Buku tak dipulangkan balik. Best kan. Dia review pun tak dibayar. So adil la dpt buku free kan?
Saya masih belum tahap tu. Saya memang suka membaca. Dari kecik mak saya bg bintang kecil, kuntum, majalah colgate. Saya suka! Start darjah 4 saya mula kumpul buku penyiasatan. Enid blyton, hardy boys, lima sekawan, 7 sekawan. Sbb tu agaknye saya suka kerja research.
Bila dah sekolah menengah tukar plak novel ahadiat akasyah. Mula baca novel cinta. Hik hik. Smpi la sekarang. Tp bacaan sekarang lebih meluas. Baca pulak buku yg lebih knowledgeble.
Oh paling suka big bad wolf. Bg yg belum tahu. 26 hb ni bbw ada di kuantan. Sape dekat pi la serbu.
Hmm. Anda baca ape skrg ni? Sy sedang menghabiskan buku Iskandar bukan Zulkarnain. Bagus buku ni. Walau pun lama berbulan bulan sy ambil masa nak habiskan. Saya tetap gagahkan juga sbb sy nak tau ape kandungannya. Jadi, anda pula baca ape?

Photobook 2012

Assalamualaikum.
Hari ni dpt parcel. Yeyyy! Lama tau proses nak dpt parcel photobook ni. Saya beli thn lepas thru groupon. Then pilih pilih gambar. Susun susun. Akhirnya bila dah sedar due voucher dh nak hbs, pulun buat gak last week. Akhirnya siap. 3 hari lps submit , smpi ditgn saya. Yeyy!!
Komen saya, photobook ni bgs. Tp mahal. So beli bila ada offer jek. Sy bli thru groupon, rasa mcm lg bgs beli masa sale photobook. Anyway, either groupon or photobook nye sale, it still considered as cheaper thn normal price.
Saya cadang nak buat photobook ni once a year. Kalau ada rezeki in sha allah. Best bila ada byk2. Cantik bila susun. Saya dah ada 3. Semua beli masa sale.
Anda minat? Google je. Byk jenis photobook kat malaysia ni. Sy br try photobook.my je. Len kali leh try yg lain. ;).

Monday, April 22, 2013

Tanaman

Assalamualaikum.

Apa yang ada pernah tanam. Or anda suka tanam apa?
Saya suka sgt menanam. Selalu over ambitous beli pokok kat nursery bi yg kecik konon nak tgk dia membesar. Beli biji benih la. hehe. Pengalaman sya kalu bunga, semai benih, memang tak pernah satu pun hidup. Beli orkid, ada lah 6-9 pokok dah kot beli. Tapi ada tinggal 2 jek kat rumah ni. Huhu... Sad.
Pokok2 sayur plak yg menjadi pun best gak. Kacang panjang, cili, capsicum, bendi, serai, kunyit, daun pandan, daun kari, lengkuas... Byk gak. Hm.. Senang la nak masak. Tp skrg dah nak tanam semula. Cili, bendi sume dah takdo. Nak tanam semula. Bendi ada sepokok. Kacang panjang baru bertunas, capsicum donates by anyah. Tengah fikir nak tanam cili, sawi. Sawi dah tabur benih satu batch, tp tak cambah lak. Dah beli biji benih baru. Try lagi. Kalu tak berjaya, nak beli kat tanamsendiri.com. Katanya benih dia bagus. Lagi pulak tgh promo jual starter pack. Rm30. Byk gak benih dpt. hmmm tgh fikir2 lagi.
Rasanya keseronokan menanam ni masa tgk hasil n bunga. UPuas hati. Lerasaan dia macam keje kat lab wat research. From literature pAper nak comeout result tu mmg azab. Bila dah jd depan mata dapt conclusion , weeeee... Syiok Camtu la.
Anda pulak macam mana? Kalu nak inspirasi menanam tgk web tanamsendiri or kebunbahagiaselamanya. Google je. Mesti teruja tgk hasil derang. Ada byk tips jugak tau.



Sunday, April 21, 2013

Double birthday celebration

Assalamualaikum.
16 April lepas adalah birthday Dya yg ke 5 thn. Happy birthday dear!. Throwback in 2008, sebenarnye hari ni bukanlah waktunya utk bersalin. Hanya appointment utk pusing Dya, kat hospital putrajaya n az zAhrah since Dya ni extended breech. Hmm. Pagi2 dah pegi. Masuk wad tunggu Dr utk wat procedure ni. After few times tried, aku pn surrender. Doc pun dah peluh2 weh. Pusing baby jek. Bila dah pusing, biar 2 3 minit dia dok balik position breech. Now i know why she acted like that. Dah kluar ni pun cmaty lah. Hmmm. Hehe.
Dah stop procedure, gi lunch, ready utk appointment az zahrah. Bila jmpe doc, pegang pegang perut. Hm. Saya rasa kita ops malam ni ye. Dah nak smpai masa ni. Since mmg takleh normal n aku pn xmo, terus bersalin. Huhu. Express. Xsmpt rasa sakit beriya contraction tu. rasa sket2 jek. Alhamdulillah.
Lepas jek Dya kluar, meleleh ayer mata ku. Maklum la. hati sensitip. Mmg senang benor menangis. Tp best la perasaan masa tu. x sakit. Tenang. Dgr org mengaji. Doc pun zikir2 smbil potong2 perut. Hmmm...
Owh lupe dah. Double celebration kan.
Thn ni, tanya Dya, nak celebrate birthday kat ne? Dia kata suka wat kat sekolah. Ok. On je lah. Lgpun lebih simple. Beli kek n goodies, bwk pi sekolah. Yey! Dya suka, mama pun suka tak byk kerja. Huhu.
Pastu, weekend tu, ada kenduri tahlil kat rumah makcik. ramai family dtg. Rupenya family ayah chik ada lagi 3 org lg birthday in the same month. JDi, sambut lagi sekali. Wee.. Dya sgt happy! Kat sekolah celebrate dgn kawan then dpt sambut ngan family ramai2. Yeyyy!!!
So, for my dearest daughter. Selamat hari lahir yg ke 5. When you are ready to read this, i hope you are the wisest person in the world with iman and faith only to Allah. May Sunnah rasul n al quran be your forever guidance. I love you with all my heart. Jadi anak yg solehah ye. Mama marah sbb nak jdkan Dya org. Nak ingatkan Dya apa yg Dya lupe. Kadang2 tu terover acting jek. ;)



Friday, April 19, 2013

Normal bila makan dengan anak

Assalamualaikum.
Sbb excited ngan app baru ni, so entry lagi sekali.
Apa pengalaman anda makan dengan anak anak? Anak saya baru dua (baru??apa maknanya), so pengalaman tak berapa banyak? Tp ada. Kadang kadang masak beria, tp tak mo gak derang makan. Pastu pulak, bila malas masak sempoi. Beriya berselera derang makan.
Bila makan, macam2 ragam. Kejap kang berebut tpt duduk, berebut pinggAn, nak pinggan @cawan lain, nak dok sebelah mama la abah la, dan yg paling selalu berlaku, kesan tumpah lepas makan. Waa.. Dari Dya hingga Amir, sama je. Tanya makcik2 pun sama je. Sol ution derang suap semua anak. Anak plak ramai lebih dari 2. Hui.. Yelah kalu 6 anaknye sepah cemane ghupenye? Sepah anak 2 macam dlam ghambo nu...
Aku penah gak suap derang consistently, tp end up amir tak pandai menyuap sendiri. So, on and off aku pun suap n makan sendiri. Ok la kot mcm ni. Kena tahan je la. sepah tu. kadang kadang kalu malas aku biar nasi or lauk kering sket. Hehe.. Mmg buruk, tp make sure xdo org nak dtg eumah. Why? Bila kering, sng sikit aku menyapu. Lekit pun tak merebak. So aku mop pun kat area tumpah je. Kalu basah, mesti jauh sikit area nye. Gitu la.
Apa plak solution org lain ye?



First entry thru iphone

Assalamualaikum.
Walawei. Dah. Berjaya post entry guna iphone ye. Tak penah pun terfikir. Selalu baca jek. Then update guna laptop. Tp pg ni bila bukak blog, rasa nam post entry di pagi buta yg hening ni. Tp takde plak butang nak ditekan. Apa lagi. Tanya mr google, then godak le app store. Tadaaa.. Jumpe app blogger. Mudah kan? Berita hanya di hujung jari anda! Tp susah sket nak taip
Asik typho. So guys bear in mind kadar typho error kat sini dengan saiz keypad nye ye.
So pas ni mudah la keje saya. Amin.
Owh by the way. Hari ni terbangun pukul 250am. Solat sket(hubungan dgn allah jgn dilupa tau), pastu dok baca blog org berjaya utk dijadikan inspirasi dan pengajaran. Teruss sampai skrg cuba nak tido tp tak boleh. End up tulis blog. Rasanya tK dpt nak tido la ni. Nak solat subuh pastu nak masak plak. Kalu cube tido. Alamat la. Sib baik housewifey. Hehe.. Okeh. BAbai. Till next time.
Owh. Cemana nak masuk gambar ye? Hmm cube lah ye. Kot ada tak?
Masuk gambar besday gurl few days ago

Thursday, April 18, 2013

Cendol

Assalamualaikum.



Credit to holiday travel notes

Hari ni mode nak makan cendol dari pagi. So, pagi pagi drive ke Zemart bersama Amir yang terpisat pisat baru bangun tido-terus mandi-mama nak gi kedai. Cari santan n cendol. Hmmm... yummy

Kenapa nak makan cendol tibe tibe?Haaa.. alkisahnya En Abah telah outstation ke JB lastweek. Apa kaitan ngan cendol plak ney?. Okay, on the way balik singgah RnR Ayer Keroh n beli gula Melaka Ori. Mahal kot aku rasa. Aku selalu beli cam lagi murah dari tu . Tapi tak sure la plak ori ke idok. Aku beli kat pasor jek. Bak kata mak n ayah aku, Garmin said Wet Market Melemau. huhu..

En Abah beria canang kat telinga aku. Ni original gula melaka tau. Bos abang kata kalau buat cendol best. Bau dia wangiii.. Aku pun iyo lah bang..
Hari ni bila masak gula melaka tu, memang betul bagai dikata. Wangiii... sampai Dya n Amir pun datang ke dapur. Ape ni mama? sedapnye bau. Yeh babe.. ni gula melaka yoo.

Orait. kecuq ayaq lioq noo.. Tak sabar nak pi makan cendol. First time nak buat sendiri kat rumah ni. Hmmmmm...Aku bukan reti sgt nak campur campur kan. Dah la cendol pun beli je kan. Tapi takpe. yang penting semangat mesti ada.  Buat sendiri yo. Bukan beli di kedai yo. Ha.. banyak betul yo nye. Kepala aku terngiang ngiang lagu rombau most wanted yo!. Huhu..
Ok pada yang teringin makan cendol. Sila buat sendiri, jgn malas. Haippp.
Hari ni mode garang je Aku rasa sebab bendera jepun nak naik.